Siapa itu guru?
Sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun adalah semata-mata bertujuan menghargai jasa guru-guru yang mengerah tenaga, keringat dan titik peluh mereka selama bertahun-tahun lamanya untuk menjadikan anak-anak bangsa sebagai perintis negara yang gemilang. Mahupun begitu, sebahagian besar anak-anak muda masih belum mengerti apakah fungsi guru sebenarnya. Bagi mereka, guru yang kebiasaannya dilihat sebagai insan yang mengarah mereka, memberi kerja rumah, ataupun hanya melakarkan sesuatu pada papan hitam. Sedangkan tidakkah mereka tahu, tugas guru lebih daripada itu, bukan setakat mengajar sahaja.
Sebenarnya, guru tepat sekali diibaratkan sebagai ibu bapa kedua kepada kita. Mereka mendidik kita sebagaimana apa yang ibu kita lakukan. Mengajar sesuatu yang baru, mengenal huruf, mengajar mengeja, membaca, mengira dan sebagainya.. Contohnya, dalam pendidikan jasmani dan kesihatan, guru mengajar kita menjaga kesihatan. Di sini jugalah anak-anak murid menemui bakat mereka, menemui kesihatan dan minat mereka. Tidakkah mereka sedar, guru lah memberi inspirasi pada mereka sebenarnya.
Guru juga memberi sokongan pada anak murid. Fungsi kaunselor, jelas menunjukkan pihak sekolah begitu ambil berat akan emosi pelajar. Justeru, di sini membuktikan bahawa guru juga membantu dalam membentuk akhlak pelajar. Bukan itu sahaja, malah masa tadika juga, guru membimbing anak-anak kecil bersembahyang, mengambil wuduk serta cara menghormti orang tua. Jika bukan disebabkan jasa guru, apakah kita akan menjadi apa yang kita kecapi pada masa ini.
Sudah pasti, zaman sekarang, kebanyakan anak murid mula melupai jasa guru mereka. Kadang-kadang, pabila mereka berjumpa ataupun bertembung di sesuatu tempat, bukan sahaja tidak memberi salam, malah pandang pun tidak. Tidak sedarkah kita, bahawa orang yang berdiri di hadapan kita itulah punca kita mampu membeli sesuap nasi? Tambahan lagi, anak-anak yang masih kecil juga sudah mula tunjuk belang. Sebahagian daripada mereka enggan ke sekolah kononnya disebabkan guru yang terlalu garang. Bagaimana anak-anak akan dididik untuk menjadi pemimpin, jika cabaran kecil seumpama itu tidak mampu mereka tangani sejak kecil lagi?
Oleh itu, di mana kita berada, walau apa pun kita sekarang, hargailah guru kita, dan jangan sesekali lupa akan hari yang istimewa ini. Sepatah perkataan "Selamat Hari Guru, Cikgu"sudah cukup untuk membuatkan guru-guru anda mengukirkan senyuman kerana mereka tahu, anda menghargai jasa mereka..
GURU PROFESION YANG MULIA DI SISI ALLAH
Di antara profesion yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat ialah guru. Kerana guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat. Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi insan yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya.
Dengan demikian, kita haruslah berterima kasih kepada mereka, kerena jasa merekalah, maka kita hari ini pandai menulis, membaca dan mengira. Dalam masa yang sama, kita juga patut bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memasukkan ilmu ke dalam dada kita dengan perantaraan para guru. Ayat 3 hingga 5 surah al-`Alaq sudah cukup terang dan jalas mengenai perkara ini.
Nabi dan rasul diutuskan oleh Allah sebagai guru untuk mengajar manusia dengan ilmu yang benar, iaitu ilmu yang Allah wahyukan kepada mereka. Mereka mengajar ilmu tentang ketuhanan, tentang perkara yang baik dan buruk, mereka mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan yang buruk. Mereka mengajar manusia supaya ingat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Semua akan mati dan kemudian akan dihidupkan semula untuk diberi balasan terhadap perbuatan mereka semasa hidup di dunia.
Guru-guru pun demikian juga. Mereka mengajar manusia supaya pandai membaca dan menulis. Mengenal Tuhan, faham maksud adanya semua benda yang dapat dilihat, faham tingkah laku yang baik dan yang buruk. Mengajar manusia supaya mereka dapat menjalani hidup dengan kerjaya masing-masing dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Mengajar manusia supaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Melihat kepada aspek-aspek inilah dikatakan guru mewarisi tugas para nabi.
Dewasa ini tidak semua guru dapat menjalankan tugasnya seperti contoh yang tersenarai di atas. Ramai guru yang tidak dapat menunjukkan akhlak yang baik kepada muridnya. Terdapat sebahagian kecil yang tidak mampu mendidik dan menjadi contoh yang baik kepada murid atau pelajarnya supaya mesreka juga menjadi insan yang baik dan mulia mengikut perspektif Islam.
Guru memainkan peranan yang besar dalam pendidikan ummah. Justeru itu guru harus mempunyai sifat-sifat pemimpin yang baik. Guru juga adalah pendidik, kaunselor, pendakwah, ikutan dan pemimpin. Semua tugas ini dijalankan secara serentak dan memerlukan kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut.
Oleh kerana guru tidak memiliki pengalaman dan kemahiran dalan bidang-bidang berkenaan, maka mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan sempurna. Harus difahami bahawa setiap guru Islam bertanggungjawab dengan Allah Taala untuk mendidik muridnya menjadi insan muslim yang dapat menjalani hidupnya sebagai seoragn muslim yang sejati.
Justeru itu, setiap guru muslim mestilah seorang yang sentiasa taat perintah Allah serta menjauhi larangannya. Guru yang meninggalkan solat lima waktu, yang suka berjudi, menipu, tidak menutup aurat dan sebagainya, maka mereka tidaklah menjadi uswah dan qudwah (contoh & kepimpinan) yang patut diikut. Malah mereka tidak layak menjadi guru untuk mendidik anak-anak orang Islam.
Guru yang tidak dapat mengawal nafsu dan bertindak mengikut perasaan juga tidak layak menjadi guru, kerena dirinya tidak stabil, jadi bagaimana mungkin mereka hendak mendidik orang supaya stabil. Kerana adanya guru yang berperibadi demikian, maka ia melahirkan pelajar yang berperibadi demikian juga.
Kita sering melihat laporan akhbar dan mendengar berita radio dan TV tentang salah laku di kalangan pelajar sekolah menengah, dan ini sedikit sebanyak ada hubungan dengan peribadi guru. Kita tidak dapat hendak menafikan seratus peratus walaupun kita tidak menerima seratus peratus maksud daripada pepatah Melayu lama; ”Kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari”, kerana ini ada kebenarannya.
Dalam hal ini. pada hemat penulis, ada dua perkara yang mungkin boleh dibuat alasan. Pertama kerana sikap dan personaliti guru itu sendiri, dan kedua kerana guru tidak dapat mendisiplinkan pelajar sebab diganggu oleh ibu bapa sebab ada ibu bapa yang suka masuk campur dalam urusan pentadbiran sekolah.
Misalnya, apabila guru memarahi pelajar kerana sesuatu kesalahan, maka datanglah ibu bapa menyerang guru berkenaan. Ini bererti ibu bapa itu sendiri yang tidak mahu anaknya jadi baik, sebab ibu bapa itu sendiri sudah begitu sikapnya. Jadi, kedua-dua perkara ini sama-sama menyumbang ke arah pendidikan yang tidak berkesan. Jadi, guru harus mempunyai alternatif lain untuk mendidik anak-anak, di samping membuang sifat-sifat negatif serta peribadi yang tidak cocok dengan pendidikan Islam. Hanya dengan ini sahajalah kita dapat memertabatkan kembali peranan guru sebagai pemimpin, pendidik, kaunselor, pendakwah dan sebagainya.
KEDUDUKAN GURU DALAM PANDANGAN ISLAM
Salah satu perkara yang amat menarik pada ajaran Islam ialah penghargaan Islam yang sangat tinggi terhadap guru. Tingginya penghargaan itu sehingga menempatkan kedudukan guru setingkat di bawah kedudukan Nabi dan Rasul. Mengapa demikian? Kerana guru selalu berkait dengan ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam amat menghargai ilmu. Penghargaan Islam terhadap ilmu dijelaskan dalam sebuah sebuah hadits:
إذا قبض العالم .....
Ertinya: "Apabila seorang alim meninggal maka terjadilah kekosongan dalam Islam yang tidak dapat diisi kecuali oleh seorang alim yang lain."
Kita banyak mempelajari hadits yang mengajarkan tentang betapa tinggi kedudukan orang berpengetahuan yang biasanya dihubungkan pula dengan orang yang menuntut ilmu.
Al-Ghazali menjelaskan kedudukan sangat tinggi yang diduduki oleh orang berpengetahuan dengan ucapannya bahawa orang alim yang bersedia mengamalkan pengetahuannya adalah orang besar di semua kerajaan langit. Dia seperti matahari yang menerangi alam. Ia mempunyai cahaya dalam dirinya. Seperti minyak wangi yang mengharumi orang lain karena ia memang wangi.
Kedudukan orang alim dalam Islam dihargai tinggi bila orang itu mengamalkan ilmunya. Mengamalkan ilmu dengan cara mengajarkan ilmu itu kepada orang lain adalah suatu pengamalan yang paling dihargai oleh Islam. Mengutip kitab Ihya’ Al-Ghazali yang mengatakan bahwa siapa yang memilih pekerjaan mengajar maka ia sesungguhnya telah memilih pekerjaan besar dan penting.
Sebenarnya tingginya kedudukan guru dalam Islam merupakan realisasi ajaran Islam itu sendiri. Islam memuliakan pengetahuan; pengetahuan itu didapat dari belajar dan mengajar. Yang belajar adalah calon guru dan yang mengajar adalah guru. Maka tidak boleh tidak, Islam pasti memuliakan guru. Tak terbayangkan terjadinya perkembangan pengetahuan tanpa adanya orang belajar dan mengajar dan tak terbayangkan pula adanya belajar dan mengajar tanpa adanya guru.
Tingginya keudukan guru dalam islam masih dapat disaksikan secara nyata pada zaman sekarang. Itu dapat kita lihat terutama di pesantren-pesantren di Indonesia. Santri bahkan tidak berani menantang sinar mata kyainya. Sebagian lagi membungkukkan badan tatkala mengahadap rumah kyainya. Bahkan, konon ada santri yang tidak berani kencing menghadap rumah kyai sekalipun berada dalam kamar yang tertutup. Betapa tidak, mea silau oleh tingkah laku kyai yang begitu mulia, sinar matanya yang ‘menembus’, ilmunya yang luas dan dalam, do’anya yang diyakini mujarab.
Ada penyebab khas mengapa orang Islam amat menghargai guru, yaitu pandangan bahwa ilmu itu semuanya bersumber pada Tuhan. Oleh sebab itu, Allah azza wa jalla berfirman.
Ertinya: .... Maha suci Engkau, tidak ada yang Kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami.... (Al-Baqarah: 32)
Ilmu datang dari Tuhan. Guru pertama adalah Tuhan. Pandangan yang menembus langit ini tidak boleh tidak telah melahirkan sikap pada orang Islam bahwa ilmu itu tidak terpisah dari Allah, ilmu tidak terpisah dari guru. Maka kedudukan guru amat tinggi dalam Islam.
Pandangan ini selanjutnya akan menghasilkan bentuk hubungan antara guru dan murid. Hubungan guru-murid dalam Islam tidak berdasarkan hubungan untung-rugi dalam arti ekonomi yang menyebabkan pernah muncul pendapat di kalangan ulama’ Islam bahwa guru haram mengambil upah (gaji) dari pekerjaan mengajar. Hubungan murid-murid dalam Islam pada hakekatnya adalah hubungan keagamaan, suatu hubungan yang mempunyai niali kelangitan.
Kedudukan guru yang demikian tinggi dalam Islam kelihatannya memang berbeda dari kedudukan guru di dunia Barat. Perbedaan itu jelas karena di Barat kedudukan itu tidak memiliki warna kelangitan. Hubungan guru-murid juga berbeda. Perbedaan itu juga karena hubungan guru-murid di Barat tidak lebih dari sekedar orang yang pengetahuannya lebih banyak daripada murid. Hubungan guru-murid juga tidak lebih dari sekedar pemberi dan penerima. Karenanya maka wajarlah bila di Barat hubungan guru-murid adalah hubungan kepentingan antara pemberi dan penerima jasa (dalam hal ini pengetahuan). Karena itu, hubungan juga dilihat oleh pembayaran yang dilakukan berdasarkan perhitungan ekonomi.
Dalam sejarah, hubungan guru-murid dalam Islam ternyata sedikit demi sedikit berubah. Nilai-nilai ekonomi sedikit demi sedikit mulai masuk. Yang terjadi sekarang kurang lebih sebagai berikut:
1. Kedudukan guru dalam Islam semakin merosot
2. Hubungan guru-murid semakin kurang bernilai
kelangitan, penghormatan murid kepada guru
semakin turun
3. Harga-harga mengajar semakin tinggi.
Apakah gejala ini merupakan penyimpangan dari kehendak Islam? Ini memerlukan renungan yang mendalam, secara lahiriah kita dapat mengatakan bahwa kedudukan guru, penghormatan murid, dan upah guru dalam islam sekarang ini semakin bergeser kepada nilai-nilai Barat.
Kita sebagai pelajar muslim seharusnya menghormati guru karena betapa tingginya kedudukan guru dalam agama Islam. Semoga dengan penghormatan itu kita mendapatkan barokah dari guru tersebut. Amiin.
Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang guru sila layari :

Berbahagialah jika anda adalah seorang guru....kerana anda sentiasa dipandang mulia oleh Allah..
ReplyDelete