Friday, May 17, 2013

nak jadi guru hebat?



Kalau nak jadi guru hebat ini adalah ciri-cirinya :


-Minat dan menghargai pelajar
•Melayani pelajar sebagai seorang insan
•Mesra dan pengasih dan bertanggungjawab
•Memiliki nilai harga diri yang tinggi
•Matang , adil dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan
•Bijak mengurus
•Memiliki sense of humor dan disenangi
•Sanggup menanggung risiko
•Bijak mengawal kelas
•Tegas tetapi penyayang terhadap pelajar
•Boleh menimbulkan suasana pembelajaran yang berkesan
•Mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa dan komuniti
•Menyediakan pelajar kearah menjalani kehidupan yang baikMenjadi rule model kepada pelajar




 






Guru Yang Hebat
GURU YANG BAIK IALAH GURU YANG KREATIF


Nak jadi kreatif perlu kos yang tinggi ?
Perlukan masa yang banyak?
Idea yang gempak?
Semuanya tidak tepat, kos, masa dan idea bukan halangan utama. Halangan utama ialah pemikiran anda. Guru yang kreatif menjadikan proses P&P menarik dan hidup.  (Menjadi guru perlu 'hidup'... sampai bila guru perlu berlakon ..untuk setahun pertama ok.. untuk tahun-tahun berikutnya?). Guru yang baik dapat menggunakan segala ruang dan peluang yang ada pada masa tersebut untuk menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada pelajar. Apa yang pasti tidak membebankan semua pihak dan menjadi umpama sedutan nafas seorang guru.  Guru perlu berpegang kepada prinsip tersebut. Murid adalah amanah dan guru akan dipersoalkan dengan apa yang telah guru lakukan terhadap murid. Jadi, lakukan yang terbaik sepanjang masa. 

Pada kali ini saya nak berkongsi dengan para guru contoh bahan 3D yang boleh digunakan dan diubahsuai dengan sedikit kreativiti dalam P&P.  Penggunaan bahan 3D popular dalam P&P bukan sahaja peringkat rendah tetapi juga menengah. Contoh yang dipaparkan nanti merupakan hasil kerja pelajar saya 


Bahan 3 Dimensi

Alat bantu mengajar menjadi tarikan utama murid untuk mengekalkan tumpuan dan perhatian mereka dalam bilik darjah. Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Alat bantu mengajar 3D mempunyai kelebihan tertentu:


Kelebihan Bahan 3D
Konsep yang betul dapat dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
Pembelajaran berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.
Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik.
Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.
Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.
Meningkatkan motivasi murid
Memberi peluang kepada murid untuk membentuk keyakinan diri melalui penglibatan dalam aktiviti. 

Pelbagai jenis alat bantu mengajar terdapat dalam kumpulan ini. Bahan-bahan 3D yang sesuai digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah :
• Realia
• Model
• Diorama 
• Akuarium dan terrarium
• Boneka
• ‘Mobile'
• Topeng 



   

Sebenarnya untuk menjadi guru yang hebat perlu ada sikap ikhlas dan sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada murid-muridnya.. 

Jika ingin mendapat pelbagai idea baru tentang pendidikan dan berkongsi pendapat boleh terus ke https://www.facebook.com/GM1MALAYSIA


No comments:

Post a Comment